Monday, November 15, 2010

Apa Erti Korban

Alhamdulillah
Syukur kepada ILAHI kerana masih lagi meminjamkan hayatnya dan juga seluruh anggotanya untuk sama2 meraikan perayaan yang cukup bermakna untuk umat islam-aidiladha. Atau juga di kenali dengan hari raya korban. Apa ertinya korban untuk kita? Bermaknakah ia? Ramai yang alpa dan lupa apa yang di maksudkan dengan korban yang telah di lakukan oleh Nabi Ibrahim a.s . Betapa hebatnya nabi Ibrahim a.s menerima dan melaksanakan perintah Allah ta’ala Tuhan Pencipta Semesta Alam sehingga mendapat gelaran “Khalilullah” yang bermakna “yang dekat dengan Allah”. Macam mana lah kita ni pulak dalam menerima dan melaksanakan sesuatu tuntutan dan perintah Allah? Pasti ada ketika-ketikanya kita cuba mengkompromi atau menjustifikasikan tindakan kita untuk tidak segera atau bahkan tidak mahu langsung menjunjung perintah Allah. Bagaimana tuntutan solat fardhu lima waktu, tuntutan mengeluarkan zakat, berpuasa, menutup aurat bagi lelaki apatah lagi menutup aurat bagi perempuan yang lebih besar had-hadnya, tuntutan muamalah dan pergaulan lelaki dan wanita? Bahkan yang lebih besar lagi tuntutan melaksanakan isi kandungan AL-Quran sepenuhnya? Semoga kisah ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s ini boleh membuka sedikit ruang keinsafan dalam diri kita sempena Aidil Adha ini.

Dan ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun juga harus dilihat dari perspektif taqwa dan ketaatan kepada Allah. Benar firman Allah ta’ala dalam surah Al-Hajj ayat 37: “Dan bukanlah daging mahupun darah (haiwan qurban) itu yang sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai adalah ketaqwaan kamu kepada Allah”

Sama -sama kita insafi, berapa kalikah rasanya kita berkorban untuk Allah Taala? paling kurang pun berapa kalikah kita korbankan turutan nafsu untuk diri kita sendiri? dan adakah pengorbanan kita ikhlas kerana Allah Taala?

wallahualam......







No comments:

Post a Comment