Saturday, October 25, 2014

Takdir

Hari ni,saya terbaca post ni di facebook. Dalam hati saya hadir rasa sendu dan kasihan pada ibu muda ini. Pada telahan saya ibu muda ini sebenarnya risau takut menghadapi apa2 masalah kesihatan sekiranya dia meneruskan kandungan yang tak dijangka itu. So, sedaya upaya dia cuba untuk menggugurkan janin dalam kandungannya. Murahkan rezeki dia??? Saya??? dah bertahun2 tunggu. Mengandung dan gugur. Tapi dia...seolah tak bersyukur dengan pemberian ALLAH. Pada sy, dia tak adil terhadap baby tersebut...ya,betol, kt nk hold mngandung...bg mase pd anak2 untuk mbesar dulu sblm mengandung yg lain...tp kenapa awk tak berjaga2.??? He he he....emosi lak saya. Ye lah...susah kot nak dapat satu tu..awak senang2 je...biarla...dia merasa hidup jugak...yg awk g proses dia tu buat apa??? heee....tgokkan da nyesal buat camtu...maunye jd pape kat baby tu...awk jugak yg kena tanggung risiko..kan?

Boleh ke gugurkan kandungan yang bawah 3 bln? 
   
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'ud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
  
 "Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga."
 
Macamana tu? Untuk lebih jelas sila rujuk pada org yg lebih berilmu. Ini sekadar coretan saya .Dan menurut ustaz di sekolah sy...haram mengugurkan kandungan dengan sengaja selepas di tiupkan roh. 
 
Saya tak nak bahas soal hukum. Sebab siapalah saya untuk menghukum orangkan? Allah memperjalankan Muhammad. Jangan kita tanya itu ini. Sebab apa saja yang berlaku tu adalah dalam qudrat iradat ALLAH s.w.t. Kita ni ibarat pelakon di pentas wayang yang luas ni. Pengarah cakap cut kita cut...director ckp A kt ikut je A. Dah memang dalam skrip dia macam tu. Kita ikut je lah...hakikatnya takdir kt dah tercipta sejak di loh mahfuz lg. 
 
"Dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali."

Mariam (19):9.
 
Nota Kaki : Jangan asyik merungut je ye....bersyukur dan bersabarlah. Semoga kalian tabah menempuh hari2 mendatang. Pada ibu muda yang saya kutuk tadi tu...semoga kandungan kamu membesar dengan sihat. Amiiiinnn.....

No comments:

Post a Comment