Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas
semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas.
Ada yang menyimpan emas dalam bentuk fizikal dan ada juga yang mula melabur
dalam akaun simpanan emas.
Salah satu keistimewaan emas fizikal adalah ianya boleh di
Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam
wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai
maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% - 70%.
Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat
keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan
keuntungan tersebut.
Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan
Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda
menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari
nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama
enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas
fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.
Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak
10%, anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak
menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam
masa 6 bulan.
Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan
keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.
Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat
ilustrasi 2.
Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan
Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471.
Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya
lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak
menggadaikannya).
Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat
ilustrasi 3
Ilustrasi 3
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan
Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan
berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan
harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.
Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas
mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam
lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh
buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas
hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.
Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan
menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%.
Lihat graf di bawah.
Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas
mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi
keuntungan, jika tidak anda kerugian.
Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama
sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal
dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan
yang lain seperti ASB,Unit Trust ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang
tentukan aset anda !!!
Tinta...
jannah kaya emas
www.lubukemasmurah.com/jannahmohammad
No comments:
Post a Comment