Seorang sahabat ada bertanya dgn saya, beli emas kemudian
pajakan. Dan duit pajakan itu simpan di ASB. Apa kah cara ini boleh menjana
keuntungan dari kenaikan emas dan dividen dari ASB itu? Sy cuba buat pengiraan
seperti dibawah.
1- Katakan anda ada duit RM15,600 di ASB. Dan jika disimpan
dlm masa setahun, anda akan perolehi RM1,248 jika kadar dividenya 8% setahun
2- Jika duit ini anda tukar dan beli emas 100gm dan nilai
emas semasa ketika itu katakan RM15,600. Kita anggarkan kenaikan emas 18%
setahun (ambil kenaikan tahun 2010). Genap setahun, nilai emas anda ialah
RM18,408, bertambah RM2,808
3- Oleh kerana anda khuatir menyimpan emas dirumah,
dikhuatiri hilang dicuri, anda simpan/pajak di Ar-rahnu sebagai peti simpanan
anda. Kadar emas anda di nilaikan oleh Agro Bank ialah RM165 per gram (kadar
semasa, sy genapkan). Anda akan diberi pinjaman 70% bersamaan RM11,550 dari
nilai emas anda RM16,500. Kadar upah yg anda perlu bayar utk 12 bulan ialah
RM1,485 bersamaan 12.85% setahun
4- Duit yg anda terima sebanyak RM11,550 anda simpan di ASB.
sebagai pelaburan. Bila genap setahun anda akan perolehi dividen RM920.
Setelah genap setahun, anda keluarkan duit anda RM11,550
dari ASB dan bayar upah simpan dan tebus kembali emas anda. Anda akan perolehi
:
- Untung kenaikan emas 100gm anda sebanyak RM2,808
- Dividen ASB RM920
Jumlah keuntungan anda ialah RM3,728. Setelah di tolak upah
simpan emas di Ar-rahnu RM1,485, jumlah keuntungan bersih yg anda perolehi
ialah RM2,243.
Kesimpulannya :
1. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu disimpan di ASB, ia akan
mengurangkan keuntungan anda.
2. Jika duit pajakan Ar-rahnu itu dibelikan emas, simpanan
emas anda bertambah dan anda perolehi keuntungan diatas kenaikan emas tambahan
anda itu.
3. Jika anda ingin jadikan Ar-rahnu sbg peti deposit
simpanan emas anda, adalah lebih baik anda sewa 'peti deposit' di bank yg kadar
sewanya lebih murah serendah RM100 setahun berbanding dgn upah simpan yg perlu
dibayar lebih kurang 12% setahun di Ar-rahnu.
Sekiranya anda rasa anda tidak dpt mendisplinkan diri dgn
menyimpan duit dibank/ASB kerana dikhuatiri anda 'terguna' duit simpanan itu,
adalah lebih selamat dan lebih baik ditukarkan simpanan anda kpd simpanan emas.
Duit ditangan/bank amat mudah untuk dikeluarkan pada bila2 masa. Kebarangkalian
utk anda menggunakan duit itu mmg ada.
Sebagai contoh katakan, anda ada RM15K dibank. Anda
'terguna' duit anda sebanyak RM5K. Bermakna, nilai duit anda dibank kini RM10K
saja. Untuk anda kumpul semula RM15K, katakan anda simpan RM500 sebulan, dlm
masa 10 bulan baru duit anda terkumpul RM15K kembali.
Berlainan pula jika anda ada emas ditangan yg bernilai
RM15K. Anda pajakan (Ar-rahnu) sebanya RM5K utk kegunaan anda, dan tebus
kembali dlm masa 10 bulan. Ketika anda tebus emas anda itu, nilai emas anda
bukan lagi RM15K. Mungkin ketika itu nilai emas anda sudah menjadi RM16K atau
mungkin juga lebih. Berbanding dgn duit anda....nilainya tetap RM15K.
tinta,
jannahkayaemas
0139484790
www.lubukemasmurah.com/jannahmohammad
No comments:
Post a Comment