Tuesday, April 21, 2015

MONEY GAME

Terlalu banyak orang bertanya tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni.
Siapa tak tak nak...untung samapai 70% - 100%. Tapi saya sedikit curiga, bukan sikit keuntungan yang dijanjikan tu.
Tapi jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” tu untungnya 70% hingga 100% setahun amat luar biasa.
Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…
Mereka ni sangat bijak niagakan dan manipulasi emas. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Ye lah boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung mereka? Paling tidak pun 200% setahun. Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia.
Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, dan Habib Jewel tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam tu?
Kesimpulannya, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal
Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal.
Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”. Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah
Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan. 

#3 – Produk Bukan Subjek Penting
Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur
Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu.
Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb.
Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

"PELABUR BIJAK PELABUR YANG PANDAI MENILAI PELUANG"


#besaramudabersarajutawan
#powergoldbiz

JANNAH KAYA EMAS👑👑