Tuesday, November 16, 2010
Monday, November 15, 2010
Nur Husna Insyira'ah
Bersisa kenangan 24 november 2010 bakal datang. Mengingatkan ia kembali tersa jua syahdu itu namun hati mesti kuat. Langkah harus di teruskan. Gembira2 selalu. ALLAH tidak akan memberikan ujian kepada hambanya jika hambanya itu tidak mampu........
Apa Erti Korban
Alhamdulillah
Syukur kepada ILAHI kerana masih lagi meminjamkan hayatnya dan juga seluruh anggotanya untuk sama2 meraikan perayaan yang cukup bermakna untuk umat islam-aidiladha. Atau juga di kenali dengan hari raya korban. Apa ertinya korban untuk kita? Bermaknakah ia? Ramai yang alpa dan lupa apa yang di maksudkan dengan korban yang telah di lakukan oleh Nabi Ibrahim a.s . Betapa hebatnya nabi Ibrahim a.s menerima dan melaksanakan perintah Allah ta’ala Tuhan Pencipta Semesta Alam sehingga mendapat gelaran “Khalilullah” yang bermakna “yang dekat dengan Allah”. Macam mana lah kita ni pulak dalam menerima dan melaksanakan sesuatu tuntutan dan perintah Allah? Pasti ada ketika-ketikanya kita cuba mengkompromi atau menjustifikasikan tindakan kita untuk tidak segera atau bahkan tidak mahu langsung menjunjung perintah Allah. Bagaimana tuntutan solat fardhu lima waktu, tuntutan mengeluarkan zakat, berpuasa, menutup aurat bagi lelaki apatah lagi menutup aurat bagi perempuan yang lebih besar had-hadnya, tuntutan muamalah dan pergaulan lelaki dan wanita? Bahkan yang lebih besar lagi tuntutan melaksanakan isi kandungan AL-Quran sepenuhnya? Semoga kisah ketaatan dan ketaqwaan nabi Ibrahim a.s ini boleh membuka sedikit ruang keinsafan dalam diri kita sempena Aidil Adha ini.
Dan ibadah korban yang kita laksanakan saban tahun juga harus dilihat dari perspektif taqwa dan ketaatan kepada Allah. Benar firman Allah ta’ala dalam surah Al-Hajj ayat 37: “Dan bukanlah daging mahupun darah (haiwan qurban) itu yang sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai adalah ketaqwaan kamu kepada Allah”
Sama -sama kita insafi, berapa kalikah rasanya kita berkorban untuk Allah Taala? paling kurang pun berapa kalikah kita korbankan turutan nafsu untuk diri kita sendiri? dan adakah pengorbanan kita ikhlas kerana Allah Taala?
Pesanan Seorang Guru
Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah.
Taman Negara
Berseronok di taman negara....24 oktober 2010....dah lamakan tak updare blog so bnyakla yg tertinggal huhu...ok la taman negara tp kalo kita stay lagi best...coz my cousin ckp malam ble g tgk night safari...
then kalo minat memancing ble la g memancing keloh kat sana..bayaran 15 hengget utk memancing..
bot ke sana tatau la berapa...ari tu nak g nun di seberang sana utk g canopy walk away pun 60 hengget satu boat. Mula2 tu aku excited gila..kononnya nak jungle tracking la hehe...pahtu mase nek canopy tu..masyaALLAH pucat muka aku...haha baru tau langit tu tinggi ke rendah...gayat la jugak..hehe...
Jalan punya jalan sampai la kat tnga di yg gerak2 tu lagi la aku gayat..all iz well..hehe...perkataan tu mcam daa bermain di mulut aku....all iz well...
Then yg paling tak leh blah...perkara yg menjengkelkan aku buat adalah...aku pakai wedges utk jungle tracking. hahaha....siot..my hubby ape lagi...dia gelk la kat aku...marah sket2 sbb daa mbazirkan terpaksa beli selipar lain. Cuba bayangkan nak jalan kat jalan yg berbukit2..dah mcm tak leh imbang badan tu sambil pakai wedges tu...mesti aku tergelok cam nangka busuk.
Last sekali mase nak balik tu...kaki aku ni menggeletar...rasa cam nak tercabut skru2 kat lutut aku. Da tak kuat da sume huhu.....ape pun....ari tu memang heppy...and special thanx to kak obi and abg G coz tolong jadi pemandu pelancong untuk kami suami isteri...Nanti bawak kita orang jalan2 lagi ek....
3 idots
scene yg aku tak leh lupa dalam 3 idiots....haha...sume orang takut nga senior...tiba2 Aamir Khan dtg selamba ke wat tatau....yang paling tak leh blah...senior tu kena kejutam letrik kat tut....mesti sakit gile...
this is one of the best comedy film that i like...
huahahaha....berapa kali tgok pon tak pe....tak bosan...sgt2 terhibur....
www.chirkutonorkut.com
all iz well
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVXgyoIGrEtuZ3hZ5hovC3aQJCaWfRO2D5BXRiIgJV3Q5i4fsCZvEnws95TPxHBC0EQE_6u855TFqz9Io1slIVemdUApeD04QED4CUPobIe0YxO6bPOTjJlV8bdFTxRfbgZZMugS7JiDM/s1600/images+%25282%2529.jpg)
sejarah kali ke 2 aku jejak kaki dlm dewan untuk amik mtest kpli...
hehe....
siap melakar sejarah lagi tu....
sebelum masuk dewan tu aku baca
"bismillahilazilahaulawalaquwwataillabilla"
ttau la bape kali daa bace....
tu tips utk interview...nak turun dari umah baca la bimillah
sebanyak 65 kali...
insyaALLAH interviewer tgok muka kita pon seram sejuk...
hehee....
semuanya dari ALLAHkan..
kalo kita berkehendak insyaALLAH kita akan dapt...
kalo tak redha je la...
"ALL IZ WELL " --- 3 idiots
MLM ke ni?
skunk ni makin banyak produk yg tumbuh base on MLMnya program..
lebih kurang la kan bila kena cari org..
pahtu susun kaki...
bezanya yg ni tak nak cari org pun tak pe...
kita just dpt untung je la....
pahtu lepas sebulan dia byar kita habis r...
nama dia ABSMARTADE.COM
teruja gak dengar..hehe...
modal dia RM 100..untung dpt la dlm RM 200
dia byar 2 minggu sekali...
ni price promosi...sampai 21 nov je
nnti jadi RM 150 balik.....
read more : http://ezdianimohammad.blogspot.com/

perlu ke tak?
Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year.
Read more: Sex education from Year 1 http://www.nst.com.my/nst/articles/SexeducationfromYear1/Article/#ixzz15K5at6
Perlu ke tak tu tak penting..yg paling penting keberkesanan dia...
apa pun dlm setiap benda yg kita wat pasti ade baik buruknya...
kalo baik kesannya ALHAMDULILLAH.......

Amira Mor....
i love belly dance.....
dulu selalu jugak g kelas belly dance
tp skunk dah lama tak pergi...
masih lagi tak jumpa kelas belly dance area jerantut ke jengka
kalo aku nya tarian cam amira mor
dah lama aku bukak kelas tarian belly dance
hehe...
kena practice balik ni
daa lupa step daa
sambungan cerita malam tadi.....
ni aku nak sambung cite mlm tadi...
aku terbaca satu blog pasal pinjaman ASB..
ramai berebut2 nak wat coz nmpak cam untung besar hehe...
ok terus baca post kat blog ni.....
http://beritasemasa.com/pelaburan-pinjaman-asb-asb-loan
aku terbaca satu blog pasal pinjaman ASB..
ramai berebut2 nak wat coz nmpak cam untung besar hehe...
ok terus baca post kat blog ni.....
http://beritasemasa.com/pelaburan-pinjaman-asb-asb-loan
Sunday, November 14, 2010
Pengurusan Kewangan......
Topik hari cam aku ni poyo je kan???? hehe.....
walau apapun tanggapan korang topic ari ni memeng penting dlm kehidupan yg sudah semakin maju seperti skunk....
aku pon bukn nak poyo lelebih but ini la hakikat hidup masa kini...
keperluan semakin tinggi....
then stastik kemalangan semakin meningkat....
kos sara hidup takkan berubah...
kalo korang kesian kat anak bini...
buat la pilihan yang bijak....
aku cuma tunjuk jalan..korang yang tentukan...
tp masih lagi berdasarkan DIA yg teragung......
KESILAPAN KEWANGAN UMUM
Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamor?
Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.
Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?
Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?
Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?
TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah.

sila ke blog ini untuk maklumat lanjut:
Subscribe to:
Posts (Atom)